04 April 2011

SPM? OH EM GEEEE!

Assalamualaikum :)

Okay saya tahu, result spm dah lama dapat kott. Tak ingat bila tarikhnya. Tapi sehari sebelum dapat result saya ni tetiba boleh demam pula. Mak aii, agaknya sebab nervous gila tahap babun kot. Memula ingatkan nak suruh #Mohamad Norazim amikkan tapi dia kata parents kena amik. So, call la papa suruh dia pergi amik sebab mummy busy nak hantar nana dengan faiz pergi sekolah. Yang saya ni kat rumah dah macam orang gila. Dah la pening kepala but at the same time takut nak dapat tahu apa result kan. So, saya check la keputusan melalui SMS itu, lepas 10 minit gitu, dah dapat result. Nak tahu apa resultnya? Alaa, bolehla. Lulus semuanya alhamdullilah. Tapi tak dapat mencapai target la, sedih juga tapi at the same time bersyukur dengan ketentuan illahi.

Hmm, lepas ni pula, tak tahu la nak masuk IPTA/ IPTS. I'm also confuse sebab tak tahu nak pilih course apa. But dari dulu memang minat nak amik graphic design. Tapi yang borang kemasukkan tu main isi jela, mana la tahu kot kot dapat. Tu pun isi dengan pertolongan papa. Kalau takde papa tu memang tak tahu la nak pilih apa, sampai menangis nangis sebab tension sangat tak tahu nak masuk apa. Papa kata kalau tak dapat IPTA masuk IPTS. Tapi IPTS tu memerlukan banyak perbelanjaan, tapi harap harap la dapat masuk IPTA, senang la sikit kan sebab under kerajaan. Bawah ni antara course yang saya pilih :)

*click to ENLARGE

Berdoa jela kepada allah, mudah mudahan dapat dipilih ke U :)
Sampai disini sahaja. Okbai.