Manusia ni cepat berubah. Walaupun kita kenal orang tu selama mana pun itu tidak bermaksud kita kenal perangai dia 100%. Peoples are unpredictable. Kita buat baik kat orang tak semestinya orang itu akan sukakan kita. Dalam hidup ini, percayalah, macam-macam jenis orang yang akan kita jumpa. Persahabatan itu tidak akan kekal selama-lamanya. Pasti ada sahaja perkara yang akan memisahkan kita. Memang susah nak jaga hati orang lain. Kadang-kadang memang susah nak faham perangai seseorang.
Tapi kalau kita buat salah kat orang lain, pergi la minta maaf kat dia. Buang ego tu. Mungkin dia tak berniat nak buat awak macamgitu. Mungkin dia tak sangka perkara tu akan jadi sebegini. Mungkin semua ini hanya salah faham sahaja. Kita meminta maaf, dan it's up to them untuk memaafkan kita. Sedangkan Allah pun mengampuni umatnya, takkan manusia yang kerdil ni tak boleh berbuat begitu?
Hargailah sahabat anda selagi mereka masih ada. Manusia ini rapuh, hidup ini cuma sementara sahaja. Nothing last forever. Sayangilah orang di sekeliling anda, walaupun awak tak berapa suka dengan perangai dia or whatnot but remember siapa yang selalu tolong awak, selalu dengar masalah awak, selalu support awak. Manusia ini serba kekurangan tapi ade juga kelebihannya yang tersendiri.
Sorry, merepek pulak tetiba.
Kepada kawan-kawan yang rapat dengan aku, maafkan aku, aku tahu, aku tak sempurna, banyak kelemahan aku. I'm so sorry. Banyak kan salah aku kat korang. Aku tak sangka perkara ini akan terjadi. Maafkan aku. Hidup aku rasa macam sampah kalau korang takde. I miss the moments when we're together. I'm sorry. xx