11 July 2011

Kepantaiannnnnn :)

Assalamualaikum and hello semua
Rajin pula ek korang baca blog ni, amboiiiiii, sibuk je nak tau hal orang ea. Piat telinga tu kang. Haha. Takde la, gurau je :P
Sejak menjak ni kan, adehh, tak tau la nak cakap ape kan kan. Saya ni semakin rajin nak mengupdate blog ni, hehe, mana tidakknye, banyak cerita kan nak story morry kat korang semua :)

Okayy, semalam saya dan roomates saya pergi Tanjung Balau. Eh eh, mesti ade yang pelik kan, siapa yang tak tau Tanjung Balau ni ape, silalah angkat kaki anda ye ye ye. Haha. Tanjung balau ni pantai sebenarnya, dekat jeww dengan Desaru. Kalau desaru pun korang tak tau juga kan, ape kata korang pergi search kat google maps, cihh, confirm! Mesti jumpa punya. Haha. Ok, sambung cerita. Kiterang pergi ke sini pun hanya sukasuka je, bukannye nak berenang ke ape, nak sight seeing jeww. Perjalanan dari hostel ke Tanjung Balau adalah dalam 20- 25 minit. Tak jauh kan?


Kiterang pergi sana naik bas. Bas Ikan. Bas ikan ni macam bas mini. Tak ramai pun yang boleh muat dalam bas ni. Sikit jeww. Lepas naik bas je, kite pun sampai la di Tanjung Balau, tapi kan, lepas turun bas je, secara tiba tibanya langit menjadi mendung dan gelap. Adoiii, petanda yang sangat tidak baik. Tapi sementara belum hujan tu kan kita rounding rounding jap. Tak ramai orang pun. Beli ice cream, amik gambar. Pastu, dalam 15 minit kemudian, hujan pun turun. Kiterang semua pun cepatcepat lari kat pondok tu, nak berteduh. Fuhhhhhhhhhh, hujan lebat gilaaaa sehh. Mak aii, baju semua basah lencun sebab kena tempias air hujan. Amboiiii, kemain lebat lagi ea. Angin pun bertiup dengan kencangnya, perghh, sejuksejukkkkk, menggigil lutut aku. Tak lama lepas tu, hujan pun stop, nasib baikk. Tanpa segan dan silunye, kami pun pergi ke pantai nak main air. Huhuii, best gilaaa. Air pun bersih je an, yela, sebab baru lepas hujan. Kite buat sand castle, kutip seashells, pastu ade, binatang kecikkecik, siput yang ade cengkerang banyak betul time tu. Semua keluar dari pasir. Yang tak boleh blahnye kiterang ramairamai buat music video. Amboiiii, terjogetjoget kat pantai tu. Haha, buang tebiat tapi buang tebiat tu wajib ye!

Ni la antara gambargambar yang disnap :)










Huhu, best woahhhhh.Ade banyak lagi, lain kali ye saya upload :D
Lepas tu kiterang semua balik pukul 7.30. Sebab bas ikan sampai time tu dan selamat tiba di dorm pada pukul 8 :)
K la, nanti saya update lagi yeww. Lepas ni ade tazkirah dan solat berjemaah. Byebyebyebye.

09 July 2011

Saya Kepenatannnnnnnnnnnnn -,-

Asalamualaikummmmmm!
Haluuuuuuuuuuuuuuuu !!!!1!!11
Hari ni adalah 10 July, so maknanye semalam adelah 9 July, kolej saya telah mengadakan satu event yang bernama SUKARA ataupun Sukan Rakyat dan bersama dengan my Tv3.
Hmmm nak kata best tu, okayy la. Takde la membosankan sangat, macam macam activity yang ade. Tapi yang tak bape nak best tu ialah cuaca. PERGHHHHHHHHHHHHHH, panas gilaaaaaaaa nak mampus boleh tak? Dah la, time baik tu saya menapak dari stadium ke dorm, hmm, cuaca tengah panas terik ni, pukul 12 lebih, jarak dia tu saya tak bape pasti tapi adela sampai 15/20 minit. Tambah penat lagiii. Sampai kat dorm je, pas bukak tudung, kawankawan semua ketawakan saya sebab muka berbelang, hitam putih. Alaaaa, macam nyamukk. Haha. Haihh, sadis sadisssss. Tak peww, lepas ni saya beli pair and levely je, bio putih kulit muka ni, senang cite.
TIME NI MUKA TENGAH PUTIH LAGII :'(
Nabila Amrannnn
Dalam bas
Muka saya macam nak mintak penampar, boleh?

Ika, Emma,ME, Bella
Bella lagii
Iffah Aliah <3 dan muka saya yang buruk. Kbye.
Emma, Mai


Ain, Tasha
Tasha, Emma
Mira, Fara gebuuuuu :D


K dah, tak larat nak upload banyak2 :B
Ni sikit je, ramai lagi. Tapi diorang semua masuk kawad kakiii :)

Pastuuu hari ni, bangun pukul 7.24pagi, ade Kesatria. Kesatria ni untuk uitm je kot. Kesatria ni kawad kaki sebenarnya. Masa awal pagi, bangun, iron pakaian (baju,tudung,seluar slack), mandi, pakai baju, pakai tudung isi water bottle, pakai kasut dan stokin pastu menapak lagi. Tempoh masa menapak tu ade dalam lebih kurang 1 jam ye ye ye. Dengan pancaran matahari yang sangat panas tu, adoiiiii. Gerak pukul 8.30 sampai pukul 9 lebih. Penat sangatsangatttttt. Yang tak boleh blahnye, dah la jalan kaki non-stop, pastu komander tu tak kasi kiterang rehat punnn. Sampaisampai je terus kena kawad. No rest! Haihhhh, penatnye makkkk :( Lepas kawad satu jam baru dia kasi rehat 15 minit. Nasib baik, sempat minum air, sejukkan badan and rileks kejapp. Pastu sambung kawad balik sampaiiiiii pukul 11.05am. Lepas habis je, menapak lagi, pergi bank, cucuk duit jap and pergi makann. Nom nom nommmm :D And then, g naik bas ikan dan akhirnya sampai di dorm and sekarang tengah kat atas katil mengupdate blog. Haha, sorry ye kalau panjang sangat. Kalau baca sampai habis tu, tahniahhh, anda secara rasminya disayangi oleh Nur Sheila Tan. Muehehe :p Hmm, banyak sangat ayat ulang, dah malas nak tuko. Penat. Okayy byebyebyebyebye :D

07 July 2011

Hai hai hai (Y)

Assalamualaikum semua. Pe cite?  Sihat tak? Kalau sihat alhamdullilahhhh, tapi kalau sakit tu jangan lupa makan ubat ye. Sama leww macam saya, baru kena keracunan makanan haritu. Dah 4 hari dah ni but still tak okay lagi. Huhuii, dugaan dugaan :)

Sebenarnya saya baru lepas balik dari klinik sebab kawan saya #Nurul Nadia/ Diddy ni dia kena amik darah, so, saya temankan la dia. Harini kelas tak banyak, 2 jeww. Tu pun tadi kelas BEL, madam takde so kiterang semua buat kerja sendiri.

Hmm, ape lagi ek nak cerita, takde idea ahhhh. Ohh, btw, saya dah tukar background, animal print. Sejak bila ntah ni, tetibe boleh terminat pulakk. Suka tak suka tak? Kalau tak suka pun aku kesah hape. Muehehe :P

Adehh, sakit perut lak. Dari pagi tadi asyik sakit peruttttttttt je.
Ehemm, hari sabtu ni Instedt akan mengadakan hari Sukan Rakyat bersama my TV3, so banyak la aktiviti yang akan dijalankan nanti. Rasanya nanti ade artis datang jugak kot. Wohoooo, sape la agaknye ek? Saya pun tak tau la. Sebenarnya, saya kena masuk kawad kaki, tapi dah 3 hari m.c kan so, tak jadi nak take part sebab dah full. Hmm, takpeeee, nanti saya bersorak jela untuk kawan kakak abang semua, okay? :)

Minggu depan adalah minggu terakhir sebelum cuti sem uitm, yipeeee, pasni cuti seminggu. Tapi kan tapi kan, alaaaaaaaaa :'( Cuti seminggu jeww, ni yang sedih ni, hm, tapi takpe la kot, asalkan dapat duduk rumah dengan family semua. Nampaknya minggu ni saya tak balik rumah laa, terpaksa stay di dorm pada hujung minggu ni. Lagipun, hari ahad ade kesatria jadi memang takde alasan nak balik rumah la kann.

Saya rasa kan masa cuti sem nanti, saya nak ajak budakbudak 5 Nilam hangout la, rindu gila kot diorang :D Dah lama tak ketawa samasama macam orang gila dan merepek dengan diorang. Huuu, rindu sehhh :(

Eh eh, okay la, sampai disini sahaja. Kbye :D

04 July 2011

Saya KEMBALII :"D

Haluuuuu dan assalamualaikum :)
Hehe, rindu rasanya nak berblogging ni, dah terlalu lama tak mengupdate blog ni. Sorry ye kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak serta abang-abang sekalian. Life saya sekarang ni agak busy, yelakan sejak digelar pelajar UITM. Hikhik :P

Saya sekarang ni sambung study dekat INSTEDT. Yang terletak di Bandar Penawar, Desaru. Instedt ni salah satu kolej yang bersekutu dengan uitm. So, kiranya kiterang ni budak UITM tapi setakat menumpang di Instedt ni jeww. Saya amik course DIPLOMA TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN PEJABAT/ OFFICE MANAGEMENT (OM). Sooo, lepas dapat diploma nanti sambung degree kat uitm!

Suasana belajar kat sini, hmmmm, okay je, besttttt :D Saya dapat ramai kawan-kawan baru. Diorang semua memang best and yang paling penting sekali, diorang suka layan kepala hotak saya yang gila tahap maksima ni. Sekarang ni saya masih lagi menetap di hostel yang bernama KOLEJ TERATAI. Satu bilik tu nak dekat 30 orang, fuhhh, memang ramai. Tapi okay la, the more the merrier :)

Masa time orientasi tu, memang ahh, malas nak cakap. Penat GILAAA! Hari-hari tidur pukul 12 and bangun pukul 3. huhuiiiii, penat mak ngah. 5 hari kot orientasi, cecube korang bayangkan. Jalan kaki sana sini, naik turun bukit, pergi pantai (Tanjung Balau), LDK, mini game dan bermacam- macam lagiii. Tapi best sangat, kepada akak-akak fesi tu terima kasih ye sebab jaga kiterang, bagi kiterang makan. Bila malam persembahan tu, perghh, memang touching habis, sebab akak-akak and abang-abang tu semua buat persembahan tuk kiterang.

Sekarang ni dah dekat sebulan kot saya tinggal kat sini. Tiap2 minggu tu, of course la, memang wajib balik rumah. Yelaakann, anak mak, rindu woahhhh :) Kat hostel pun, macam-macam activiti yang dijalankan, gotong royong, poco-poco, bacaan yassin, tazkirah, solat berjemaah. So, takde la bosan sangat, kan kan kan?

Minggu ni, dah 2 hari tak pergi kelas sebab saya sakit. Cirit birit, muntah-muntah and sakit tekak. Hmmmm :( Banyak dah skip class ni, adehh, bala balaa~ Takpela, redha je la kan. Eh eh, okay la sampai disini sahaja entry saya pada kali ni, malas nak update banyakbanyak. Korang bukan baca sampai habis pun #merajuks.
Okla, baibyebyebai.