03 March 2011

Truth Reveal II

Assalamualaikum !
Hmm, harini saya rasa agak suram sikit. Tak tahu laa kenapa ekk. Saya asyik macam gini aje. Tekanan perasaan kott. Stress agaknya hari hari duduk kat rumah kena bebel je dengan mumy. 


Actually keadaan kat rumah memang stressful gilaa. Dah dua hari papa tak balik rumah. Dia kata ada kerja la ape la, ouh lagipun papa memang selalu selang hari sebab dia kan ade dua bini so kenalah bersikap adil. KONONNYA. Monday, Wednesday , Friday and Sunday ialah hari turn mumy and hari yang lain lain tu papa tidur kat rumah perempuan tuu. Tapi ape sehh, sejak papa kahwin lain, duit pun rasa macam makin sikit je. Seminggu he give like atleast RM 150 for the 5 of us to belanja for food and stuff. Papa fikir cukup ke RM150 tu? Barang barang sekarang kan semua mahal gila. Kadang kadang kat rumah ni sampai takde apa nak makan. Frustating kan? Ini ke yang dikatakan adil? Saya pelik kenapa papa sanggup buat begitu kat isteri dan anak anak dia. Saya tertanya tanya, adakah semua lelaki bersikap begitu? Tak boleh ke nak setia pada yang satu? Dah 17 tahun kahwin pun still sanggup nak curang. Wtf? 


Sumpah demi allah, saya cakap, saya memang cemburu gila dengan orang yang ada happy family. Saya cuma nak bahagia. Is that so much to ask for? Haihhhh, tetiba rasa macam nak nangis pulak. Kenapa semua ni terjadi kat saya. Saya memang tak boleh nak buat apa apa, kadang kadang time mumy and papa gaduh tu rasa macam nak tengking je kat papa, tapi apakan daya, dosa kan buat camgitu kat ayah sendiri. Kalau kat luar orang semua fikir kiterang ni woahh, nampak macam happy family je. Tapi itu cuma image je, dalam hati siap yang tahu kan?  Nampaknnya begini ajela kisah hidup aku. Penuh dengan dugaan dan cabaran. 


Sampai disini sahaja, thanks for reading.


xoxo, Sheila Tan