03 March 2011

Hishhhhhhh! Geramnyaaaaaaaa!!!
Semua gambar aku dengan kawan kawan dah hilang, ishhh, ni yang rasa macam nak tumbuk tumbuk muka orang nih. grrrrr, benci benci benci! Harap harap la memory card camera aku masih ada lagi simpan gambar gambar tu semua :(

Emm, lupa pulak. HAIIIII KORANG! Tengah buat ape tu? Dah makan? Dah mandi? Ade homework tak? Homework? Adehh, tetibe rasa rindu pulak kat sekolah. Tu la, bila time sekolah kalau boleh hari hari nak ponteng kann. Tapi bila dah tak sekolah, rasa rindu je, terbayang bayang kat sekolah tu. Hmm, rindunya kat kelas, cikgu cikgu, buku teks dan yang paling sekali KAWAN KAWAN. Hmm, nanti dah masuk U ke ape ke dah tak satu kelas kan. Rumah pun jauh je. Kalau dekat, hari hari aku pergi lepak kat rumah korang semua.

Bila fikir pasal masa depan ni kan, rasa macam takut pulak, yelaa, manelah tahu kena masuk universiti kat kedah ke, perak ke kuala lumpur ke. Jauh gilaaa tu. Nanti terpisah dengan family semua. Malam malam kat dorm teringat ingat kat masakan mak, rindu kat mak. Tskkk, tskkkk. Tak sanggup den, tapi terpaksa la kan. Demi mencapai cita cita dan menjadi orang yang berguna la katakan. Hoho. Tapi manalah  tahu kan, kita manusia ni meranncang je, yang lain lain semua ketentuan illahi. Betul tak? :)

Sebenarnya aku ni tengah sensorang kat rumah. Rasa seram pun ade jugak tetibe ni. Bila pulak mak bapak aku nak balik rumah ni. Hehe, sampai disini sahaja.

Thanks for reading!

xoxo, Sheila Tan