03 September 2011

Lost letter




Assalamualaikum. Hai awak. Awak apa khabar? Lama tak dengar khabar dari awak kan. Dah 2 tahun kot. Saya tahu awak dah lupa kat saya kan, ala, takpe saya tak kisah pun. Saya harap awak bahagia di samping orang yang tersayang. Awak, awak tak ingat pun kan kat saya, tapi saya selalu ingat kat awak. Saya nak sangat contact awak tapi saya takut. Saya takut awak dah tak kenal saya lagi dah.

Awak, saya tahu saya siapa. Saya bukan siapa-siapa pun bagi awak tapi awak tahu tak, dulu awaklah segala-galanya bagi saya. Awak ingat lagi tak teddy bear yang awak bagi kat saya dulu. Present saya time hari jadi. Awak sanggup datang rumah saya, semata-mata nak hantar present tu. Terima kasih awak. Saya masih simpan lagi tau, elok je saya jaga dia. Tidur sambil peluk dia sebab dulu awak kata kalau saya rindu kat awak, awak suruh saya peluk bear tu. Hmm. Dulu pun awak kata kalau saya teringat atau rindu kat awak, awak suruh saya tengok bintang kat langit. Awak kata awak suka tengok bintang, saya pun sama. Awak kata saya bintang, awak bulan. Bulan akan sentiasa bersama dengan bintang tak kira apa pun kan.

Tapi awak kat mana sekarang? Semua janji-janji awak masih saya ingat lagi. Satu hari nanti, saya masih lagi berharap yang awak akan ingat saya. Awak kata awak nak hidup semati dengan saya sampai kita tua sama-sama. Tapi tak sempat pun saya umur 17 awak dah tinggalkan saya. Tapi takpelah awak, saya terima semua ni dengan redha, mungkin dah takde jodoh untuk kita bersama kan b. B saya harap awak sentiasa gembira dan semoga awak berjaya kelak ye. Oklah, sampai disini sahaja ye b. Ini coretan terakhir saya kepada awak.

Yang sentiasa merindui,