04 July 2011

Saya KEMBALII :"D

Haluuuuu dan assalamualaikum :)
Hehe, rindu rasanya nak berblogging ni, dah terlalu lama tak mengupdate blog ni. Sorry ye kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak serta abang-abang sekalian. Life saya sekarang ni agak busy, yelakan sejak digelar pelajar UITM. Hikhik :P

Saya sekarang ni sambung study dekat INSTEDT. Yang terletak di Bandar Penawar, Desaru. Instedt ni salah satu kolej yang bersekutu dengan uitm. So, kiranya kiterang ni budak UITM tapi setakat menumpang di Instedt ni jeww. Saya amik course DIPLOMA TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN PEJABAT/ OFFICE MANAGEMENT (OM). Sooo, lepas dapat diploma nanti sambung degree kat uitm!

Suasana belajar kat sini, hmmmm, okay je, besttttt :D Saya dapat ramai kawan-kawan baru. Diorang semua memang best and yang paling penting sekali, diorang suka layan kepala hotak saya yang gila tahap maksima ni. Sekarang ni saya masih lagi menetap di hostel yang bernama KOLEJ TERATAI. Satu bilik tu nak dekat 30 orang, fuhhh, memang ramai. Tapi okay la, the more the merrier :)

Masa time orientasi tu, memang ahh, malas nak cakap. Penat GILAAA! Hari-hari tidur pukul 12 and bangun pukul 3. huhuiiiii, penat mak ngah. 5 hari kot orientasi, cecube korang bayangkan. Jalan kaki sana sini, naik turun bukit, pergi pantai (Tanjung Balau), LDK, mini game dan bermacam- macam lagiii. Tapi best sangat, kepada akak-akak fesi tu terima kasih ye sebab jaga kiterang, bagi kiterang makan. Bila malam persembahan tu, perghh, memang touching habis, sebab akak-akak and abang-abang tu semua buat persembahan tuk kiterang.

Sekarang ni dah dekat sebulan kot saya tinggal kat sini. Tiap2 minggu tu, of course la, memang wajib balik rumah. Yelaakann, anak mak, rindu woahhhh :) Kat hostel pun, macam-macam activiti yang dijalankan, gotong royong, poco-poco, bacaan yassin, tazkirah, solat berjemaah. So, takde la bosan sangat, kan kan kan?

Minggu ni, dah 2 hari tak pergi kelas sebab saya sakit. Cirit birit, muntah-muntah and sakit tekak. Hmmmm :( Banyak dah skip class ni, adehh, bala balaa~ Takpela, redha je la kan. Eh eh, okay la sampai disini sahaja entry saya pada kali ni, malas nak update banyakbanyak. Korang bukan baca sampai habis pun #merajuks.
Okla, baibyebyebai.